Diabetes

Diabetes perlu ditangani, bukan ditakuti

5 Teruskan Membaca
Diabetes_2496x1404-_1

Diabetes masih salah satu penyakit yang ditakuti oleh kebanyakan rakyat Indonesia. Menurut Atlas Diabetes Antarabangsa (IDF) 2017, edisi ke-8, jumlah penderita diabetes di Indonesia telah mencapai 10.3 juta orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat kepada 16.7 juta menjelang tahun 2045.

Jika orang yang kita sayangi menghidap diabetes, jangan panik atau terlalu risau, fahami bahawa diabetes bukanlah suatu penyakit, sebaliknya ia adalah keadaan di mana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Daripada risau, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menjaga dan mengawal tahap gula dalam darah mereka setiap hari, dengan mengubah gaya hidup mereka.

Walaupun kelihatan mudah, mengubah gaya hidup boleh membantu proses rawatan dan mencegah komplikasi diabetes. Ikuti langkah-langkah berikut:

Perhatikan Pengambilan Makanan

Orang yang menghidap diabetes perlu memberi perhatian kepada pengambilan makanan harian mereka, lebih baik memilih makanan berkarbohidrat dengan kandungan serat yang lebih tinggi, seperti keledek, pasta bijirin penuh, dan nasi perang. Makanan lain yang baik untuk dimakan adalah kacang seperti badam, salmon, dada ayam tanpa kulit, brokoli, bayam, dan kayu manis. Selain itu, makanan-makanan ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, yang dapat mengelakkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Akhir sekali, tidak kurang pentingnya adalah untuk mengatur waktu makan.

Bersenam secara berkala

Salah satu cara penting untuk memulakan gaya hidup sihat adalah dengan bersenam. Senaman secara berkala boleh memastikan paras gula dalam darah kekal stabil. Berjalan santai di trek jogging selama kira-kira 30 minit setiap hari dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

Elakkan Stres

Stres terbukti dapat meningkatkan paras gula dalam darah, yang menyebabkan keadaan semakin teruk. Untuk mengelakkannya, ikutlah 3 arahan di atas. Ajak ibu bapa anda berjalan, menonton filem lucu, atau apa saja yang boleh membuat mereka ketawa dengan gembira untuk mengelakkan keadaan diabetes yang lebih teruk.

Sentiasa beri sokongan dan keyakinan

Kata-kata positif di waktu pagi akan menjadi suntikan semangat bagi orang yang kita sayangi untuk memulakan hari mereka. Sentiasa beri sokongan dan dorongan serta keyakinan kepada mereka. Diabetes juga boleh menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada inkontinensia kencing yang membuatkan mereka tidak selesa dan rasa kurang yakin. Berikan mereka keyakinan dengan lampin dewasa dalam bentuk seluar atau pelekat, supaya mereka tidak perlu rasa malu apabila memakai lampin dan terus yakin dalam aktiviti harian mereka.