Elakkan Makanan Ini untuk Bebas daripada Inkontinens Kencing
Inkontinens kencing bermaksud seseorang mengalami kebocoran air kencing tanpa sengaja. Walaupun ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, inkontinens kencing lebih kerap berlaku dalam kalangan warga emas, terutamanya wanita. Ini berlaku kerana otot pundi kencing warga emas telah menjadi lemah. Walau bagaimanapun, inkontinens kencing sebenarnya boleh dikawal, antaranya dengan mengelakkan makanan berikut:
1. Makanan masam
Makanan berasid boleh merengsakan pundi kencing dan memburukkan lagi gejala inkontinens kencing. Contoh makanan berasid termasuk tomato dan produk yang diproses menggunakan tomato seperti piza, pasta, sos tomato serta buah-buahan sitrus.
2. Minuman dan makanan yang mengandungi kafein
Kafein boleh meningkatkan aktiviti pundi kencing dan memburukkan lagi gejala inkontinens kencing kerana kafein mempunyai kesan diuretik. Diuretik ialah bahan yang boleh meningkatkan aliran darah ke buah pinggang dan juga meningkatkan penghasilan air kencing.
3. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi pemanis tiruan dan karbonasi, dua faktor yang boleh memburukkan lagi kerengsaan pundi kencing. Seperti kafein, karbonasi juga mempunyai kesan diuretik. Elakkan juga pemanis tiruan seperti aspartam, sakarin, dan lain-lain kerana ia boleh memburukkan inkontinens kencing.
4. Makanan pedas
Makanan pedas juga boleh merengsakan pundi kencing. Jika warga emas tidak tahan makanan pedas, selalunya makanan pedas akan menjadikan kawalan pundi kencing lebih sukar.
Jika tahap inkontinens kencing dalam kalangan warga emas agak teruk, berikan mereka Seluar Dewasa Aliran Berat Confidenc yang mempunyai keupayaan serapan sehingga 1,200 cc. Inovasi terkini daripada Confidence ini mempunyai kapasiti serapan maksimum sehingga 6 kali ganda, diperbuat daripada bahan yang lembut, sejuk dan berpengudaraan, serta mengandungi SAP Anti Bakteria supaya warga emas dapat terus menjalankan aktiviti harian dengan selesa.
